Thursday, February 18, 2016

Bagai melukut ditepi gantang.

Demokrasi, ternyata dah lama mati.
Yg tinggal hanyalah mereka berkuku besi. Sungguhpun jasad tak tersakiti,
tp jiwa terseksa setiap hari.

Keringat diperah tanpa peduli.
Untung dikaut semahu hati.
Kami dibawah semuanya kuli.
Bagai boneka tidak bertali.

Dunia mungkin kalian miliki.
Harta menggunung kanan dan kiri.
Jangan dilupa ke hadrat ilahi.
Tak terjawabkan tuan di mashar nanti..

Monday, February 8, 2016

Privasi

Ada rasa yang kau patut simpan sendiri
Dalam otak atau hati..

Ada bahagia yang cukup cuma kau saja rasa
Tak perlu dikhabarkan ke dunia..

Kerna tiap saat tiap ketika
Ada hati yang cemburu terluka..

Benar itu rezeki kau dan bukan dia
Tapi siapa yang mampu menidakkan galau jiwa..?

Andai dapat dipilih hati ini mahu rasanya apa
Aku pilih untuk cuma ada senyum dalam tiap duka
Yang singgah untuk seketika cuma...