Wednesday, October 5, 2016

Logik

Ternyata
melawan rasa itu
tidak mudah.

Lahirnya tersenyum.
Masih bisa ketawa.
Tapi zahir merintih pedih dari dalam.

Logik berperang dengan rasa.
Mahu apanya akal?
Yang sakit adalah jiwa.

Akhirnya logik bersorak
Dan hati belajar mengubat luka..

6/10/16 1436 Kantor

Janji

Kita sering berbual tentang hati
Tentang cinta
Jodoh
mahupun jiwa luka

Dibalik gurau senda itu
Kau bilang ke aku
Kalau masih tak jumpa
Jangan sedih
Aku kan ada.

Aku jadi diam.

Dulu
pernah ada
yang berjanji serupa.
Akhirnya dia juga pergi.

Yang tinggal adalah aku

Terluka,
Dan cuba bangkit semula..

5/10/16 8pm
R&R Tapah