Ada rasa yang kau patut simpan sendiri
Dalam otak atau hati..
Ada bahagia yang cukup cuma kau saja rasa
Tak perlu dikhabarkan ke dunia..
Kerna tiap saat tiap ketika
Ada hati yang cemburu terluka..
Benar itu rezeki kau dan bukan dia
Tapi siapa yang mampu menidakkan galau jiwa..?
Andai dapat dipilih hati ini mahu rasanya apa
Aku pilih untuk cuma ada senyum dalam tiap duka
Yang singgah untuk seketika cuma...